Saturday, March 19, 2011

Kunjungan Mawar Biru dan Wajah

Apa khabar semua? Maaf, aku ke luar bandar. Aku ke Pulau Perhentian terus ke Pasir Mas dan merentasi banjaran ke Alor Setar. Urusan famili.



Dalam kebosanan industri muzik terkini, aku di kunjungi rakan lama. Individu ini merupakan "unsung hero" bagi pengemar muzik pop bawah permukaan tanah beberapa tahun dahulu. Sebelum indie itu di over used oleh banyak pihak, beliau dan rakan-rakan tanpa peduli persekitaran, telah jujur berkarya. Sifat mereka yang gemar bereksperimentasi dengan bunyi-bunyi dan melodi indah membuatkan mereka ini layak didiberi penghormatan.



Setakat ini, ramai yang cuba menulis lirik-lirik indah dengan menyelitkan kata klise, tetapi individu ini lebih original. Penghasilan liriknya tepat, indah dan mengambarkan kebebasan dalam menyusun kata-kata tanpa batas dalam melodi. Namun, beliau telah meletakkan noktah dalam berkarya 2 tahun lepas.
Kunjungan kali ini merupakan jemputan bagi acara perkahwinan. Selamat pengantin baru..Mawar Khayalan.

Wednesday, March 16, 2011

Alor Setar Oh Alor Setar

Lepas dua tiga hari di Pulau. Aku balik ke hometown, tak jauh..Pasir Mas aja.Dapatla rehat dengan keluarga beberapa hari.Lepas pasir Mas kami konvoi ke Alor Setar dua kereta. Bukan atas urusan pejabat, tapi bawak keluarga melawat keluarga yang satu lagi, maklumla kahwin dengan orang jauh..



Family check in kat hotel baru (takla baru sangat, adala dlm 2 tahun). Hotel Starcity Alor Setar, agak impressive biliknya, kebersihan & service bagus.Aku ni memang agak fussy kalau pasal hotel ni, especially toiletnya, tetapi yang ini agak impressive. Paling penting a very reasonable price..acu cuba!



Malam, tuan rumah (mertua aku dah) bawak kami semua dinner kat Perindu Seafood restaurant di Kuala Kedah. So apalagi makan la..seafood yg fresh. Kalau datang, jgn lupa order ikan bakar dan udang bakar..cicah ayaq asam...minimalis. Kalau makan angin ke Alor Setar ni, tak sempurna la kalau tak test power Mee Abu. So sebelum balik ke pasir Mas, kita layan Mee Abu..ooo patutla famous, memang sedap.



So rugila kalau jalan2 tak enjoymakan. So far aku pun tak tau apa nak jadi dgn blog ni..at least ia jadi report card utk journey aku, stay tuned!

Saturday, March 12, 2011

Perjalanan Febuari 1



Awal- awal tahun ni biasanya sibuk merancang, tetapi kali ini agak lain sikit. tahun 2011 ini, aku sibuk bergegas ke sana sini. Bagus jugak, luas permandangan banyak pengalaman. Beberapa minggu lepas aku ke Pulau Perhentian. Ada kerja seni foto untuk dibuat, sambil merehatkan fikiran..tapi yang lebihnya kerja la jugak. Semasa makan steambot di danau Kota bersama si Comot Dan Ajim, kami saja aja berbual-bual kosong. Ada plan main-main untuk ke Pulau, akhirnya si Comot ni pun ikut sama.


Inilah bagusnya bagun pagi2. Boleh tengok sunrise..


Dibawah pokok di belakang tree house..kamu mesti try!


Alangkah bestnya kalau hari2 opis aku mcm ni...