About Aku

Salam kenal,


Firstly, aku bukan penulis, blogger dan seangkatan dengannya. Aku manusia biasa yang pernah hidup zaman VHS Tape, zaman kaset, zaman Vinyl dan juga komik-komik Bujal apalagi Lat Kampong Boys. Aku mula menikmati filem ketika aku di PJ Oldtown, first movie aku masuk panggung ialah cerita Jaws. Movie paling aku suka zaman tu ialah John Travolta's Saturday Night Fever, mungkin kerana aku suka menari disco masa kecil. Bapak aku selalu pasang catridge lagu-lagu Uji Rashid dan Hail Amir dalam kereta Fiatnya sekitar hujung 70'an. Kalau lagu Mat Saleh dia suka pasang lagu Tom Jones dan Elvis. Maka dari situlah bermulanya pemgembaraan aku dalam alam bunyian muzik dan juga filem....


Aku rakyat biasa. zaman kecik hidup pindah randah macam kaum nomad, biasalah mak bapak kerja. besar sikit kena hantar hidup dalam dorm, nak kasi exposure. My education? Well, education aku cukup2 makan, kadang tu nak kena buang. Dulu keje dgn boss, dia kata "Ko nak main musik? Nak bercuti? Aku kasi ko cuti sampai mampus..Tapi sekarang aku kata "Go to Hell..hell..hell!" coz sekarang aku... Apa aku suka? Aku suka muzik, janji bunyi sedap ada ganas sikit, aku terliur.

Pasal kehidupan primitif aku?… Aku amat syukur dengan nikmat dan journey aku setakat ini. Hidup aku amat berwarna warni, walau adakalanya kelabu asap.

Biodata :

Nama Penuh : Ammir Hafzan Jaafar
Umur : Dah masuk 30 lebih..lebih tu agak rahsia
Karier : Ermmm...Bisnes la senang citer, kalau aku citer pun susah paham..
Habitat : Aku suka tempat sejuk yang banyak pokok, laut. Sekarang aku kat bukit tepi MRR2.
Status : Just married selamanya.
Menu : Aku suka makanan masakan dirumah dengan penuh kasih sayang. Thai Food, Chinese Food, Sea Food.
Minum apa yea? : Air kosong. Kurang manis. Air Kelapa Muda dan air buahan.
Gadjet : Aku suka Inspektor Gadjet. Tapi aku bukan Tech Savvy. Minda lebih maju dari teknologi.
Pengalaman Kerja, : Aku pernah kerja dalam bidang IT 11 tahun. Kerja aku proposal hal-hal sistem untuk Gov dan juga IPR. Telah mengambil zaman remaja aku. 
Penulisan : Aku hidup dengan muzik, especially muzik Rock. Aku travel, aku jalan-jalan cari makan. Aku review CD, movies, kehidupan, budaya.
Transportasi : Aku punya Honda CRV 2003, Volkswagen Bettle 69, Satria 1.3 dan RG Sport Clutch Tangan. Tapi aku selesa naik lrt kalau nak masuk bandar, jalan kaki jimat lagi sihat.

Hobi : Aku kumpul CD heavy metal, main gitar, konsert/gig, scuba diving, movie, kadang-kadang aku masak. Aku suka perjuangan muzik DIY, metal, punk, tash, indie dan banyak lagi. Aku support muzik yang jujur, tanpa prejudis.

Facebook : facebook.com/ammirhafzan
Gmail : ammirhafzan
Twitter : ammirhafzan