Friday, March 09, 2012

Michael Kiske & Kai Hansen Kembali Dengan Unisonic




Masih ingat dengan album klasik Helloween era Kiske/Hansen seperti Keepers Of Seven Keys Part 1 & 2?Atau pengikut setia Gammaray dan Masterplan?
Setelah sekian lamanya kedua-dua ex-Helloween ini membawa haluan masing-masing semenjak 1989, dengan projek Unisonic ini Michael Kiske & Kai Hansen kembali bergabung dalam satu unit. Bagi peminat Gammaray, ini bukan band tetap Kai Hansen, beliau tetap bersama Gammaray kerana Unisonic merupakan projek kolaborasi bersama Kiske.
Semenjak kemasukan Hansen diawal 2011, Unisonic mula menulis lagu bersama Hansen dan menerapkan “elemen” Kai Hensen dalam album baru Unisonic. Uniconic juga dianggotai oleh Dennis Ward (bass) dan Kosta Zafiriou (drums) dari Pink Cream69 dan gitaris Mandy Meyer (ex-ASIA, GOTTHARD dan KROKUS).



Album Unisonic bakal dirilis sekitar 30 March 2012 melalui label earMUSIC/Edel dan telah di rakam di ICP studios,Brussels, Belgium. Jadi peminat Power Metal apa tunggu lagi!
Traclisting:
01. Unisonic
02. Souls Alive
03. Never Too Late
04. I’ve Tried
05. Star Rider
06. Never Change Me
07. Renegade
08. My Sanctuary
09. King For A Day
10. We Rise
11. No One Ever Sees Me
12. Over The Rainbow (limited-edition bonus track)


Post a Comment