Saturday, August 20, 2011

Rakaman Album Relay



Semenjak bermulanya bulan Julai 2011, setelah lama berehat aku mula manage band berkonsepkan Britpop, Relay. Relay ini dianggotai oleh Aleem, Irfan dan Adeel. Siapa mereka ini? Aleem merupakan bekas gitaris OAG dan juga The Times (bagi album Soda Pop Rok n Roll dan Nada Melankolik Malaya). Beliau juga merupakan penulis lagu hit Elyana "Diriku Tapak Sulaiman". Irfan pula merupakan bekas drummer bagi ACAB, The Times dan session player untuk Bittersweet, Pesawat dan juga Gerhana Ska Cinta. Manakala Adeel pula merupakan gitaris dari Kota Singa.



Relay sedang busy merakam 3 lagu bagi album yang bakat rilis bulan November 2011 ini di Kings Studio. Single pertama Relay "Provokasi" kerap diputarkan di radio tempatan seperti XFM, SuriaFM dll. CD Relay ini akan diedar oleh Universal Music Malaysia dan diterbitkan oleh Relay Records. Antara tajuk-tajuk lagu yang dirakam ialah Oksigen, Opps!, Dejavu. Sepanjang bulan Ramadhan ini setiap malam weekend kami berkampung di studio, bagi menyiapkan yang terbaik. Relay bakal mengadakan promo showcase, jadi kawan-kawan semua perlu standby!
Post a Comment