Sunday, September 11, 2011

Skid Row dan Sebastian Bach


Rasanya macam belum terlambat nak ucapkan Selamat hari raya kat kawan2 semua. Busy sikit dengan macam-macam aktiviti cuti-cuti raya. Kerja jugak makin menimbun, mengejar due date. tapi rock tetap pasti...sambil mengingati 911!

 Aku ingat lagi masa dulu-dulu masa band Skid Row ni baru keluar kaset self titlednya. Masa tu aku kat sekolah menengah awal-awal sebelum SRP. Ada kawan aku ni sibuk duk layan Skid Row ni, katanya band ni ganas lebih dari band2 hair metal yang kita dengar masa tu. Lagunya agak kasar berbanding dengan Stryper dan Ratt. Vokal dia tinggi. Jadi yang duk dengar lagu-lagu Poison tu takleh geng dengan dia. habis kat meja sekolah dia conteng nama Skid Row dgn liquid paper. Yang tak bestnya, kaset aku jugak yang dia pinjam.




Skid Row ditubuhkan sekitar 1986 dan mula keluar dgn 1st albumnya Skid Row pada 1989. Untuk hari ini, aku akan cerita hanya tentang 2 album pertama, Skid Row dan Slave To The Grindi. Walaupun band ni dari New Jersey, lagu-lagunya berbeza dari Bon Jovi. Kerjasama Bon Jovi, Doc McGhee, Micheal Wegener dan Altantic Records menghasilkan album pertama self title Skid Row dan mereka tour opening untuk Bon Jovi New Jersey album. Album ini merupakan album yang berjaya dengan lagu-lagu hit "18 and life", "I Remember you" dan anthem "Youth Gone Wild". Sampai hari ini, kalau sebut saja Skid Row, mesti ingat 18 and Life kerana MTVnya yang sangat best tentang remaja bermasalah drug dan alkohol.




Album ke-2, album favourite aku, personally. Slave To the Grind lebih heavy, gitar riffing yang mengancam, vokal yang high pitch meletakkan Skid Row sebagai salah satu important band pada awal 90an. Banyak lagu-lagu yang heavy yang rabak seperti "Monkey Business" "Living On A Chain Gang" "The Treat" dll. Ballad yang mesti didengar "Wasted Time", "Quicksand Jesus" dan "In A Darkened Room", vokal Bach amat baik dalam lagu-lagu ni. Mereka tour opening untuk show besar seperti Donington Festival dan juga opening untuk Guns n Roses 1991 tour.Majalah Hit Parader, Metal Edge, Metal Hammer dll selalu sangatlah muka Sebastian Bach ni jadi cover depan . Snake Sabo, Scotti Hill dan Rachel Bolan pulak banyak masuk dalam majalah -majalah gitar mcm Guitar World dan Young Guitar.

Skid row ada rilis tribute album kemudian B-Sides, nanti insyallah aku tulis kemudian hari.






Post a Comment