Sunday, December 16, 2012

Barang : Danger Danger (Self Titled Album)


Akhirnya sampai poslaju. Album pertama band glam rock/metal 1987 dari US, Danger Danger. Aku dah lama tahu band ini tapi yang membuatkan aku discover balik sekarang ialah kerana Andy Timmons. Ibanez user/fans mesti tahu gitaris hebat ni yang sekian lama jadi ikon gitar ibanez. Belum sempat menikmati secara total, tunggu aku update post ini.

Monday, December 10, 2012

Barang: Mr.Big/Winger/Van Halen & Whitesnake


Biasalah kalau hari ahad tu, aku jalan-jalan di pusat beli belah di PJ yg kadang-kadang ada stuff yang menarik. Sambil-sambil tu jumpa agen-agen collector barang-barang klasik ni. Jadi untuk minggu ni, inilah hasilnya...

Monday, December 03, 2012

Barang : L.Luthier Guitar Bayou

Dah dekat sebulan aku letak deposit utk gitar ni. Aku secara tak sengaja tersangkut kat gitar ni masa jalan2 buang masa tunggu wayang kat Wangsa Walk, terus aku masuk kedai Yamaha kat situ. So, satu salesman tanya, abang cari akustik gitar ke? berapa budget? ermm..aku ni kalau org tanya bab budget tu, terus rasa turn off, bukan apa bagi aku aku kualiti itu subjektif especially bila bersangkutan dengan sound.
So dia bawak masuk bilik kaca, dan aku mula try2 beberapa Yamaha akustik. Soundnya too common, dan tak padan dengan harga. Objektif aku ialah untuk digunakan di studio aku untuk projek satu singer songwriter muda ni dan kualitinya lebih baik dari gitar yang ada sekarang. So dia rekomenkan aku try brand L.Luthier ni, katanya buatan Malaysia. Yang aku try tu harganya dalam RM500, dan bunyinya agak ok dan tak lah cikai sangat berbanding dengan low end Yamaha yang harganya dlm RM800. Jadi aku nak tahu lebih banyak model dan dia pun bagi aku contact owner L.Luthier Guitar ni. Esoknya aku set appointment.


Kat showroom L.Luthier ni, aku pun mula try beberapa gitar, tanpa cerita harga lagi. Pilih punya pilih, tinggal 5 model yang aku rasa soundnya best dan harganya mampu aku beli dalam budget aku yang ciput dengan kualiti yang terbaik. Aku suka body dreadnaught jadi berbanding jumbo, jadi pilihan tinggal 3 sahaja. Maka dengan budget aku tu, aku angkat model Bayou beserta hardcase. Kualitinya baik, soundnya lemak, selesa dan juga ada preamp/buit in tuner. Satu alternatif utk yang inginkan kualiti tetapi tak mampu utk belanja besar ke arah Taylor atau Martin, dan design serta spesifikasi oleh orang Malaysia cuma dikilangkan di China dengan kualiti yang maksimum. ada lagi model2 lain yang kualitinya lebih bagus, cuba try test tengok..

Baru boleh main lagu Poison - Every Rose Has It's Torn!

Model : Bayou
Body Shape : Dreadnaught
Top : Solid Sitka Spruce
Body : Solid Mahogany
Pickup System : Fishman PSY-301

Wen : http://www.lluthier.com



Sunday, December 02, 2012

Poison - Swallow This Live!

Macam mana aku nak tulis ni, buntu sekejap. Mungkin lama tak menulis.

Aku mula kenal Poison tahun 1987, semasa glam metal mula naik. Mulanya pinjam kaset  member aja, lepas tu terus kumpul duit beli kat kedai di Plaza Jalan Air Jernih, Teregganu. Punyalah susah nak simpan duit nak beli kaset ni kerana banyak kaset nak beli sedangkan duit sekolah aku masa tu RM2.00 aja. Lepas 3 minggu, duit cukup, aku terus naik basikal BMX Kuwahara sambar kaset Poison 1st album "Looks What The Cat Dragged In".

Poison era Looks What the Cat Dragged In

Poison era Flesh & Blood

Masa ni jugak aku dah mula jamming2 dengan kawan2 dan antara lagu wajib main ialah Talk Dirty To Me (sebab senang cari kord) dan juga I Wont Forget You. Jamming masa tu tak kisah apa gitar ada, bedal aja..janji sound distortion ada kira lepas dah tu. Kadang ada jugak yang hairan apa lagu yang kitaorg main kerana tempat jamming tu banyak band datang main lagu2 macam Search, Lefthanded, Sweet Charity dll.


Swallow This Live! Album live Poison dan dikira ke album ke 4 yang keluar dalam era bermulanya kejatuhan glam metal. Album ini mengandungi lagu-lagu dari 3 album terawal mereka iaitu Looks What The Cat Dragged In, Open Up And Say Ah dan juga Flesh & Blood. ianya dirakam semasa tour Flesh & Blood di Miami, Orlando dan Tampa Florida. Album ini juga ada menyelitkan 4 rakaman studio termasuk single "So tell Me Why". Album ini juga merupakan rilisan terakhir Poison bersama gitaris CC Deville apabila dia di tendang keluar dan digantikan dengan Ritchie Kotzen utk album ke 5 Native Tounge.

Jika follow Poison ini, tentu dapat melihat progres penulisan muzik Bret Micheal dan geng yang menuju ke arah lebih mature, bluesy dan folkish apabila mencecah album ke Flesh & Blood. Mereka mula lari dari imej yang fun, fashionable, hairspray dan warna warni.

Halooo..batuk2

Hari di aku masih demam. Dah 2 hari tapi still makan ubat dari klinik yang setiap kali pegi setiap kali naik harganya. Mahal harga untuk sakit, boleh beli 3 set tali gitar Ernie Ball.
Dah dekat 4 bulan aku senyap. Tak tulis apa-apa. Gitar-gitar semua aku hantar repair sikit2, janji boleh guna balik dan selesa. Tukar part yang murah-murah.
Lepas makan ubat, aku selongkar almari yang lama aku tak jenguk. Tengok apa aku jumpa...kaset-kaset lama aku, ini baru sebahagian. Ada lagi sekotak kat mana aku tak pasti aku simpan..nanti aku cari.


Just to rewind sikit, so far takda benda yang excited untuk diceritakan pasal musim hujan. Semua duduk rumah tengok tv dan kumpul duit. Soulfly hari tu aku pergi tengok dengan member yang dah beli tiket Sepultura. Apa sudah jadi Sepultura? Aku rasa ramai dah tahu pasal hal ni. Onslaught pulak di Singapore, aku tak pergi, jujurnya aku sangat sibuk menyiapkan kerja untuk hujung tahun. Yang ni aku agak melepas kerana Onslaught comeback dengan material yang bagus. Dark Funeral pulak? Aiseyman tepuk dahi ajalah. Next year, aku looking forward untuk Journey!   

Aku sayang sebenarnya blog ni. Insyalah aku akan menulis dan terus tulis.

Tuesday, August 14, 2012

Kembali ke Blog

Sudah banyak bulan aku tak menulis di sini.  Maaf sangat, komitmen cari makan. Untuk aku ambil masa setengah jam dengar lagu pun susah. Di rumah pun letak kepala aja ..mesti zzzzzz.  Aku makin worn out..
Aku dah penat.

Tapi aku nekad kembali semua dalam bidang "membuat apa yang aku suka" especially muzik. Bulan puasa ni susun strategi cantik cantik. Aku miss birthday present utk diri sendiri yang mana setiap tahun aku kumpul duit dan beli utk diri sendiri. Tahun ni sebelum disember, aku akan beli mini hifi dan bikin ruang untuk aku dengar lagu kat rumah. Bilik yang dulunya aku punya dah kena hijack dengan adik aku yg masuk belajar kat kl ni..

Apa aku enjoy lately?

Aku ada projek bikin/upgrade studio kecik aku walaupun dah lama ada, tapi kenalah bagi nafas baru.


novation 49 sl mkii aku beli semalam...

Projek upgrade gitar lama. Dalam beberapa bulan ni aku kasi jual banyak gitar, sekarang cuma tinggal gitar yg sakit...dan aku akan upgrade satu persatu bermula dengan les paul siam copy. Aku dah beli kluson tuning machine..dan juga tesla vr nitro utk les paul ni.


Lately..aku kembali dengar Blackmore balik..






Tuesday, May 22, 2012




Randy Rhoads merupakan salah satu  influence hebat dalam arena muzik heavy metal. Bermula dari Quiet Riot sehingga era Ozzy Osbourne,  Randy Rhoads dilihat sebagai bintang muda yang berpotensi besar dalam arena muzik sekitar awal 80′an. Arena muzik telah kehilangan guitar virtuoso dalam satu tragedi kemalangan kapal terbang pada 19 March 1982, dan ketika itu Randy Rhoads baru berusia 25 tahun.
Randy Rhoads sentiasa diingati bagi hasil seninya dalam penulisan lagu dan rakaman bersama Ozzy Osbourne untuk album 1980″Blizzard Of Ozz” dan album 1981 “Diary Of a Madman”. Gitaris muda ini memulakan karier muzik rock  dengan menubuhkan Quiet Riot ketika berumur 16 tahun dan band ini menjadi popular di scene club di sekitar Los Angeles. Randy telah menarik minat Ozzy ketika beliu menghadiri sessi ujibakat pada 1979, dan beliau telah diterima sebagai gitaris untuk projek Ozzy Osbourne.

Dengan elemen mengabungkan elemen klasik dengan gaya tersendiri, Rhoads telah menghasilkan beberapa riff yang terkenal dalam genre Heavy Metal. Hasil permainan gitarnya di dalam “Blizzard Of Ozz” merupakan faktor utama dalam kejayaan album itu. Sehingga hari ini, karya gitar solo untuk “Crazy Train” dan “Mr Crowley” merupakan antara koleksi gitar solo terbaik pernah dihasilkan.

PERJUANGAN ROCK JINBARA BELUM TAMAT LAGI

  Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah...